Hafizh Syahrin Curi Tumpuan, Atasi Marc Marquez dan Alvaro Bautista Dalam Kelayakan Race of Champions Ducati

5 Jul 2026 • 12:13 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Hafizh Syahrin Curi Tumpuan, Atasi Marc Marquez dan Alvaro Bautista Dalam Kelayakan Race of Champions Ducati

Minggu ini, peminat permotoran disajikan dengan Race of Champions, perlumbaan istimewa sempena World Ducati Week yang menghimpunkan barisan pelumba Ducati terbaik dari pelbagai kejuaraan dunia.

Acara ini menampilkan pelumba-pelumba yang beraksi dalam kejuaraan utama seperti MotoGP, WorldSBK, MotoE, serta beberapa siri perlumbaan lain, semuanya menggunakan jentera Ducati Panigale V4 dalam satu perlumbaan khas.

Lebih membanggakan, juara Asia dari Malaysia, Hafizh Syahrin, turut menerima jemputan untuk beraksi bersama barisan bintang Ducati dunia.

Dalam sesi kelayakan yang berlangsung hari ini, Hafizh berjaya mencatatkan masa yang meletakkannya di kedudukan ke-10. Keputusan itu cukup membanggakan apabila beliau berada di hadapan beberapa nama besar, termasuk juara dunia WorldSBK Alvaro Bautista serta juara bertahan MotoGP, Marc Marquez, yang masing-masing lebih biasa mengendalikan jentera Ducati terkini.

Sementara itu, kedudukan terpantas sesi kelayakan menjadi milik Nicolo Bulega, yang terus mempamerkan prestasi cemerlang menjelang perlumbaan utama.

Image from: Hafizh Syahrin Curi Tumpuan, Atasi Marc Marquez dan Alvaro Bautista Dalam Kelayakan Race of Champions Ducati

Walaupun keputusan kelayakan menarik perhatian ramai, Race of Champions sebenarnya merupakan perlumbaan berbentuk pertunjukan sempena sambutan World Ducati Week. Justeru, kebanyakan pelumba tidak mengambil risiko berlebihan kerana fokus utama mereka masih tertumpu kepada kempen kejuaraan masing-masing seperti MotoGP dan WorldSBK.

Namun begitu, pencapaian Hafizh untuk bersaing dan menamatkan sesi kelayakan di hadapan beberapa juara dunia tetap menjadi satu kebanggaan buat peminat sukan permotoran Malaysia.

The post Hafizh Syahrin Curi Tumpuan, Atasi Marc Marquez dan Alvaro Bautista Dalam Kelayakan Race of Champions Ducati appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved