
Perkongsian Hairul Azreen menerusi akaun Instagram anaknya mencuri perhatian apabila dia menunjukkan aktiviti dilakukannya bersama Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Menerusi hantaran di Instagram, Hairul telah membawa dua anaknya itu mencuba aktiviti ‘Free Fall’ di mana Yusuf dan Alisa terjun dari atas selepas memakai peralatan keselamatan disediakan.
Yusuf memulakan terjunan itu dengan yakin dan begitu berani namun apabila tiba giliran Alisa, kanak-kanak berusia 6 tahun tersebut mula berasa takut.

Alisa kemudian mula menangis dan menahan langkahnya sementara Hairul memberikan kata-kata semangat dari arah belakang.
Mahu membuatkan Alisa lebih bersemangat, Hairul kemudian berkata dia akan membelinya alat permainanan Nintendo Switch 2 sekiranya dia melakukan terjunan tersebut.
View this post on Instagram
A post shared by Alisa Aisyah Hairul Azreen (@thealisaaisyah)
Yusuf abang penyayang
Menerusi ruangan komen, tindakan Yusuf yang terus memeluk dan menenangkan adiknya selepas terjunan itu telah meraih perhatian netizen.
Ramai memuji sikap Yusuf yang begitu caring dan penyayang terhadap adiknya serta rata-ratanya memuji parenting skill Hairul dan Hanis Zalikha.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Saya Setiap Hari Akan Solat Jemaah Dengan Anak-Anak" - Tak Belanja Mewah & Tegas Bab Agama, Netizen Puji Cara 'Parenting' Aliff Syukri
The post Hairul Azreen Bawa Anak Cuba ‘Free Fall’, Tindakan Yusuf Pujuk & Tenangkan Alisa Raih Perhatian – “Abang Caring & Protective” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


