Hajat bersanding tidak kesampaian, bakal pengantin dibaham buaya 

30 Oct 2026 • 6:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hajat bersanding tidak kesampaian, bakal pengantin dibaham buaya 

JAKARTA – Seorang bakal pengantin perempuan maut dibaham seekor buaya sepanjang lebih 4 meter semasa mencuci pakaian bersama kakak dan tunangnya di sebatang sungai di Indonesia, lapor akhbar The Sun UK. 

Selviana Ambu Kaka, 24, diheret ke dalam Sungai Bondo Kodi di Sumba Barat Daya, wilayah Nusa Tenggara Timur, baru-baru ini. 

Ahli keluarga Selviana berkata, pemangsa gergasi itu menggigit peha kiri mangsa sebelum menariknya ke dalam air. 

Tunang mangsa, Fabianus Dowa serta kakaknya dikenali sebagai Imelda bergegas memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga sebelum penduduk tempatan melancarkan operasi pencarian. 

Polis berkata, misi menyelamat dijalankan sehingga awal pagi Sabtu lepas dan reptilia berkenaan berjaya ditangkap menggunakan jaring. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan orang ramai membawa buaya tersebut ke darat sebelum memenggal kepalanya. 

Mayat mangsa ditemukan kira-kira 30.48 meter dari lokasi terakhir dia dilihat pada pukul 6 pagi (waktu tempatan) keesokan hari. 

“Mangsa telah meninggal dunia semasa mayatnya ditemukan. Dia dipercayai dibaham buaya semasa mandi,” kata pihak berkuasa. 

Penduduk tempatan berkata, Selviana pulang ke rumah dari Jakarta tiga hari lalu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Fabianus. – AGENSI

 

The post Hajat bersanding tidak kesampaian, bakal pengantin dibaham buaya  appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved