Jasad remaja dibaham buaya ditemui tanpa kaki, tangan

28 Oct 2026 • 9:57 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jasad remaja dibaham buaya ditemui tanpa kaki, tangan

KUCHING – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dibaham buaya ditemukan meninggal dunia di Ulu Sungai Plaie, di sini, malam tadi.

Mayat mangsa, Mohd. Nordin Mohd. Othman, ditemui oleh penduduk kampung kira-kira pukul 8 malam dalam lingkungan 800 meter dari jeti kampung berkenaan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, penemuan itu susulan maklumat seorang penduduk Kampung Tuba yang ternampak seekor buaya dipercayai membawa sesuatu di dalam mulutnya ketika dalam perjalanan pulang selepas menziarahi keluarga mangsa.

Menurutnya, hasil pengecaman fizikal oleh datuk mangsa, Dana anak Randi, mengesahkan jasad yang ditemukan itu ialah remaja berkenaan.

“Keadaan fizikal mangsa ditemui dalam keadaan tidak sempurna, dengan kedua-dua tangan dan kaki kiri tiada, selain terdapat kesan gigitan pada bahagian belakang badan, kemaluan, perut dan pangkal paha.

“Mangsa turut mengalami beberapa kesan luka pada badan, kening dan muka serta kesan calar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Simunjan untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dipercayai disambar buaya ketika menjalankan kerja memunggah buah sawit ke dalam perahu di Sungai Plaie, Ulu Sebuyau, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, mangsa, Mohd Nordin Mohd Othman, dari Kampung Plaie Ulu Sebuyau, dikatakan disambar reptilia berkenaan ketika berada di sungai terbabit.

Kejadian itu disaksikan bapa saudara mangsa, Midin Radin, sebelum maklumat berhubung insiden berkenaan disampaikan kepada Ketua Kampung Sungai Plaie. – KOSMO! ONLINE

The post Jasad remaja dibaham buaya ditemui tanpa kaki, tangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved