Mayat remaja 14 tahun ditemui dalam mulut buaya

28 Oct 2026 • 10:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat remaja 14 tahun ditemui dalam mulut buaya
Mayat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dibaham buaya di Ulu Sungai Plaie, di sini, ditemukan penduduk kampung malam tadi.
Image from: Mayat remaja 14 tahun ditemui dalam mulut buaya
Mangsa, Mohd Nordin Mohd Othman, 14, maut dibaham buaya.
Image from: Mayat remaja 14 tahun ditemui dalam mulut buaya
Operasi berkenaan turut mendapat bantuan lapan anggota polis dan kira-kira 20 penduduk kampung.
Image from: Mayat remaja 14 tahun ditemui dalam mulut buaya
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan serta sebuah kenderaan Toyota Hilux ditamatkan pada jam 4 pagi hari ini.

SEBUYAU - [DIKEMAS KINI] Mayat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dibaham buaya di Ulu Sungai Plaie, di sini, ditemukan penduduk kampung malam tadi.

Kejadian itu terbongkar kira-kira jam 6 petang apabila penduduk Kampung Tuba yang dalam perjalanan pulang selepas menziarahi keluarga mangsa di Kampung Plaie ternampak seekor buaya dipercayai membawa sesuatu di dalam mulutnya.

Perkara itu kemudian dimaklumkan kepada penduduk kampung sebelum sekumpulan mereka kembali ke lokasi berkenaan kira-kira jam 8 malam.

**media[3691520]**

Setibanya di kawasan itu, mereka menemukan mayat mangsa yang dipercayai dimuntahkan oleh buaya berkenaan, pada jarak kira-kira 800 meter dari jeti kampung.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 14 tahun dibaham buaya

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Nordin Mohd Othman, 14, dari Kampung Plaie Ulu, Sebuyau. Pengecaman fizikal dilakukan oleh datuknya, Dana Randi.

**media[3691522]**

Pemeriksaan awal mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan tidak sempurna, dengan kedua-dua tangan dan kaki kiri dilaporkan hilang. Terdapat juga kesan gigitan pada bahagian belakang badan, kemaluan, perut dan pangkal paha.

Selain itu, kesan luka turut ditemukan pada badan, kening dan muka mangsa, manakala beberapa bahagian tubuhnya menunjukkan kesan calar.

**media[3691523]**

Pegawai penyiasat dari Polis Simunjan kemudian tiba di lokasi sebelum membawa mayat mangsa ke Hospital Simunjan untuk tindakan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan serta sebuah kenderaan Toyota Hilux ditamatkan pada jam 4 pagi hari ini.

Operasi berkenaan turut mendapat bantuan lapan anggota polis dan kira-kira 20 penduduk kampung.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved