
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang mula bertugas selepas menjalani pembedahan batu karang hari ini menerima kunjung hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah baharu Datuk Jauteh Dikun di kediaman rasmi beliau di Sri Gaya, dekat sini.
Jauteh 57, dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah berkuat kuasa 2 Mei 2023 bagi menggantikan Datuk Idris Abdullah yang bersara pada 31 Mac lalu.
Dalam taklimatnya kepada Hajiji, Jauteh memaklumkan tentang program, rancangan, operasi dan isu yang dihadapi oleh pasukan polis di Sabah.
Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Jauteh dan Shahurinain sebagai Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah yakin mereka dan pasukan polis mampu memastikan tahap keselamatan Sabah kekal terpelihara dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.
SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more Beliau memberi jaminan kepada Jauteh, Kerajaan Negeri akan membantu memudahkan pembinaan lebih banyak pondok polis dan juga operasi keselamatan di seluruh negeri.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
