
Di litar Sachsenring minggu ini, Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi, akhirnya berpeluang terbang ke Jerman bagi mengiringi perjuangan Hakim Danish selepas beberapa pusingan sebelum ini Hakim beraksi bersendirian tanpa kehadiran beliau di paddock.
Setibanya di sana, Zulfahmi sempat merakam satu video untuk bertanyakan perkembangan Hakim. Namun, apa yang berlaku selepas itu benar-benar di luar jangkaan.
Sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan dan usaha ZK Racing sepanjang membimbing perjalanan kariernya, Hakim menghadiahkan trofi kemenangan P1 pertamanya kepada Zulfahmi.
Bagi Hakim Danish, kejayaan yang dikecapinya hari ini bukanlah hasil usahanya seorang diri. Tanpa sokongan, kepercayaan dan pengurusan yang diberikan oleh ZK Racing sejak awal, beliau percaya tidak mungkin dapat berdiri di pentas tertinggi seperti hari ini.
Trofi itu bukan sekadar sebuah piala kemenangan, tetapi simbol penghargaan dan rasa terima kasih seorang pelumba kepada individu yang banyak berkorban di belakang tabir. Satu momen yang membuktikan bahawa di sebalik setiap juara, pasti ada insan yang sentiasa percaya dan tidak pernah berhenti berusaha untuk melihat anak didiknya berjaya.





Video penuh : https://www.facebook.com/reel/1341233844193819
The post Hakim Danish hadiahkan Piala kemenangan pertama Moto3 kepada Zulfahmi Khairuddin appeared first on TW Media.





