Ramai Nampak P7, Tetapi Data Membuktikan Hakim Danish Antara Yang Terpantas Di Assen

29 Jun 2026 • 8:43 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Ramai Nampak P7, Tetapi Data Membuktikan Hakim Danish Antara Yang Terpantas Di Assen

Keputusan rasmi Moto3 Grand Prix Belanda mungkin hanya menunjukkan Hakim Danish menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh. Namun, sesiapa yang mengikuti perlumbaan di Assen pasti tahu keputusan itu tidak menggambarkan prestasi sebenar pelumba muda negara tersebut.

Selepas sesi kelayakan yang kurang menjadi, Danish terpaksa memulakan perlumbaan dari petak ke-16. Dalam kategori Moto3 yang terkenal dengan kelompok pelumba yang padat, kedudukan sebegitu biasanya menyukarkan peluang untuk mencabar kelompok hadapan. Namun Danish membuktikan sebaliknya apabila berjaya memintas seorang demi seorang pencabarnya sebelum naik dan bertahan dalam kelompok podium untuk tempoh yang lama.

Malangnya, apabila perlumbaan memasuki fasa terakhir, kemerosotan cengkaman tayar belakang mula menjejaskan rentaknya. Danish kehilangan cengkaman yang diperlukan untuk terus bersaing di hadapan sebelum terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, hanya 4.475 saat di belakang pemenang, Maximo Quiles.

Apa yang lebih menarik, Danish mencatat masa pusingan ketiga terpantas keseluruhan perlumbaan dengan 1:40.874 saat, hanya 0.064 saat di belakang catatan terpantas perlumbaan. Malah, catatan itu jauh lebih pantas berbanding rakan sepasukannya, Ryusei Yamanaka yang mencatat 1:41.337 saat yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13.

Perbandingan itu jelas menunjukkan bahawa Danish kini bukan lagi sekadar pelumba rookie yang sedang belajar menyesuaikan diri di pentas dunia. Dengan 82 mata selepas 10 pusingan berbanding 15 mata milik Yamanaka, pelumba Malaysia itu semakin membuktikan dirinya sebagai penanda aras baharu dalam pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI.

Jika kemenangan di Brno membuktikan potensinya, aksi di Assen pula menunjukkan Hakim Danish kini memiliki kelajuan untuk bersaing secara konsisten dalam kelompok podium Moto3. P7 mungkin yang tercatat di keputusan rasmi, tetapi prestasinya jauh lebih besar daripada angka tersebut.

Teruskan bersama Two Wheels..!

The post Ramai Nampak P7, Tetapi Data Membuktikan Hakim Danish Antara Yang Terpantas Di Assen appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved