Hakim Danish puas kutip tujuh mata

22 Sep 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hakim Danish puas kutip tujuh mata

SIKAP tidak mudah mengalah sekali lagi menjulang pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli untuk menamatkan saingan Grand Prix (GP) Austria di tempat kesembilan, kelmarin.

Tujuh mata yang diraih di Litar Red Bull Ring, Spielberg nyata cukup berharga untuk membolehkan pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi memintas pencabar terdekatnya dari Indonesia, Veda Pratama (Honda Team Asia) yang sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 untuk mengutip tiga mata.

Walaupun memulakan perlumbaan di petak ke-15, Hakim Danish segera bangkit untuk mendapatkan keserasian dengan jentera sekali gus berjaya memperbaiki kedudukan pada setiap pusingan.

“Pada pertengahan saingan, saya agak bergelut kerana terlalu memaksa jentera hingga melakukan kesilapan yang menyebabkan saya ketinggalan semula ke belakang.

“Menjelang penghujung perlumbaan, saya berusaha untuk bangkit semula dan memecut bagi memintas beberapa pelumba di hadapan saya. Keserasian saya dengan jentera juga bertambah baik. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang minggu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Hakim Danish kini melonjak satu anak tangga ke kedudukan ketujuh keseluruhan Kejuaraan Dunia Moto3 dengan mengumpul 101 mata, satu mata mengatasi Veda.

Dalam perebutan gelaran Rookie of the Year, Hakim Danish turut berada di tangga kedua dengan 101 mata di belakang pelumba Sepanyol, Brian Uriarte yang mengumpul 174 mata.

“Saya amat teruja untuk menghadapi perlumbaan seterusnya di Asia, khususnya di Jepun dan bertekad untuk mencatatkan keputusan yang lebih cemerlang. Terima kasih atas sokongan berterusan semua pihak,” katanya.

 

The post Hakim Danish puas kutip tujuh mata appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved