Penalti grid pengajaran mahal

15 Sep 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penalti grid pengajaran mahal

PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mengakui penalti grid yang diterimanya pada Grand Prix (GP) San Marino menjadi pengajaran besar dan bertekad memastikan kesilapan sama tidak berulang pada GP Austria, hujung minggu ini.

Biarpun berjaya bangkit daripada petak ke-25 untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-12, pelumba berusia 19 tahun itu mengakui dia terpaksa bekerja keras sepanjang 20 pusingan untuk memastikan dia tidak pulang dengan tangan kosong.

“Secara keseluruhan, saya tidak terlalu berpuas hati dengan keputusan hari ini. Namun, saya tetap gembira kerana berjaya bangkit selepas bermula dari barisan belakang dan kembali ke kelompok hadapan.

“Saya rasa perlumbaan ini banyak membantu saya mendapatkan semula keyakinan dan keserasian dengan jentera. Saya kembali mendapat rasa yang lebih baik ketika menunggang dan mampu memberikan tekanan dengan lebih kuat.

“Pada masa sama, saya belajar banyak perkara daripada perlumbaan ini, terutama dari segi cara menguruskan perlumbaan. Untuk perlumbaan di GP Austria nanti, saya mahu memperbaiki kelemahan yang dilakukan minggu ini. Paling penting, saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama,” katanya.

Hakim Danish dikenakan penalti susulan kesalahan menunggang terlalu perlahan di beberapa sektor ketika sesi kelayakan yang menyebabkan dia terpaksa memulakan perlumbaan dari petak ke-25.

Hasil keputusan itu, Danish kini mengumpul 94 mata untuk kekal di tangga kelapan Kejuaraan Dunia Moto3 sekali gus turut menghidupkan peluangnya memburu kedudukan naib juara Rookie of the Year apabila hanya ketinggalan tiga mata di belakang pelumba Indonesia, Veda Pratama yang mengumpul 97 mata.

 

The post Penalti grid pengajaran mahal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved