Hakim Danish Raih Sembilan Mata Di GP Qatar

9 Nov 2026 • 12:34 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hakim Danish Raih Sembilan Mata Di GP Qatar

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli menamatkan saingan perlumbaan Grand Prix (GP) Qatar di tempat ketujuh di Litar Antarabangsa Lusail hari ini.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu, yang memulakan perlumbaan dari petak ketujuh, mempamerkan tunggangan konsisten apabila berjaya mengekalkan kedudukan sama sepanjang 16 pusingan perlumbaan.

Pelumba Liqui Moly Dynavolt IntactGP David Almansa muncul juara pusingan ke-20 itu dengan catatan masa 33 minit 9.479 saat (s).

Pelumba Leopard Racing Adrian Fernandez pula menduduki tempat kedua dengan perbezaan 2.516s manakala Maximo Quiles daripada CFMOTO Gaviota Aspar Team melengkapkan podium di tempat ketiga, ketinggalan 2.585s di belakang pemenang.

Keputusan berkenaan menyaksikan pelumba negara berusia 19 tahun itu meraih sembilan mata tambahan untuk mengumpul keseluruhan 125 mata sekali gus menduduki tangga kelapan kedudukan keseluruhan Moto3.

Baca juga:

Hakim Danish akan meneruskan cabaran dalam dua perlumbaan terakhir musim ini menerusi GP Portugal yang berlangsung dari 20 hingga 22 Nov ini diikuti GP Valencia dari 27 hingga 29 Nov.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved