Halang Penjawat Awam Lakukan Tugas, Polis Tahan 7 Individu Berkaitan Kampung Sungai Baru

Entertainment
13 Sep 2025 • 1:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tujuh individu termasuk seorang ketua pertubuhan ditahan susulan kekecohan ketika operasi pengosongan 37 rumah teres di Kampung Sungai Baru pada Khamis.

image is not available

Memetik laporan Sinar Harian, kesemua suspek berusia antara 15 hingga 50 tahun ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

Polis turut mengesahkan sebahagian daripada mereka mempunyai kaitan dengan sebuah pertubuhan.

Setakat ini, tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186, 353 dan 324 Kanun Keseksaan.

Seorang suspek berusia 26 tahun telah didakwa di mahkamah dan dijatuhkan denda RM1,500 selepas mengaku bersalah, manakala enam lagi masih direman.

image is not available

Siasatan mendapati individu yang ditahan tidak tinggal di Kampung Sungai Baru, namun dipercayai terlibat dalam bantahan terhadap operasi tersebut. Polis turut mengesan beberapa lagi individu lain yang dipercayai terbabit.

Dalam kejadian itu, Sulizmie mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan.

Polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat atau rakaman video berkaitan insiden supaya menyalurkannya bagi membantu siasatan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.