“Halloween? That’s me!” – Mas Khan ‘Dress Up’ Jadi Wanita Tarik Perhatian Netizen

Entertainment
31 Oct 2023 • 3:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Halloween ialah suatu tradisi perayaan malam pada setiap 31 Oktober di sebilangan besar negara-negara dunia, terutamanya di negara-negara Barat.

Dalam perayaan ini, ramai orang biasanya akan memakai pakaian yang menyeramkan seperti karakter dari filem-filem seram dan sebagainya, ini kerana ada kepercayaan yang beranggapan roh serta makhluk ghaib sedang berkeliaran di bumi.

Pun begitu, perayaan ini diharamkan dalam Islam seperti yang telah difatwakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Terbaru, pelakon serta pempengaruh media sosial Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan bin Mas Fadzillah Khan memuat naik sebuah video dia sedang berpakaian seperti wanita bagi menyambut perayaan Halloween.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mas Hidzhir Khan (@maskhan_)

Dalam video tersebut, pelakon Abang Long Fadil 2 itu memakai rambut palsu berwarna perang serta memakai baju serba hitam. Malah, dia turut memberitahu namanya adalah Masyitah.

“Cantik masalahnya”

Perkongsiannya itu sudah pastinya menarik perhatian netizen, walaupun ianya sesuatu yang luar dari kebiasaan, namun ramai yang terhibur dengan Mas Khan yang seakan ‘menjiwai’ karakter tersebut.

image is not available

Aduhai, lawak pun ada jugak…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.