Hamas sertai pilihan raya Palestin bersama gabungan nasional

WorldPolitics
13 Aug 2026 • 10:02 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hamas sertai pilihan raya Palestin bersama gabungan nasional

GAZA: Hamas akan menyertai pilihan raya Palestin akan datang menerusi gabungan nasional yang merangkumi pelbagai pihak, kata anggota biro politik kumpulan itu, Hussam Badran, pada Rabu.

Dalam temu bual dengan Al-Aqsa TV, Hussam berkata Hamas bersama kebanyakan kumpulan dan blok pilihan raya Palestin menolak sebarang ‘syarat politik atau keperluan peserta menerima pakai program politik tertentu’.

Menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Palestin dan badan kehakiman sedang berusaha memastikan rakyat Palestin bebas memilih program politik masing-masing.

Beliau menyifatkan pilihan raya itu sebagai ‘peluang bersejarah’ untuk mengubah landskap politik Palestin serta menamatkan dua dekad pembuatan keputusan unilateral mengenai hal ehwal negara.

Hussam berkata, pilihan raya berkenaan sudah lama tertangguh, sambil menuduh kepimpinan Palestin menentukan tarikh dan prosedurnya secara unilateral.

Beliau berkata keadaan itu berbeza dengan pilihan raya pada 2006 dan 2021 yang menurutnya dilaksanakan berdasarkan konsensus nasional yang terperinci.

Beliau berkata rakyat Palestin mempunyai hak asasi untuk memilih pemimpin dan parti politik mereka, sama ada menerusi pilihan raya legislatif di wilayah Palestin atau pilihan raya Majlis Kebangsaan Palestin yang disifatkannya sebagai badan perwakilan lebih luas bagi rakyat Palestin.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, beberapa hari lalu mengumumkan pilihan raya legislatif akan diadakan pada 28 November 2026, diikuti persidangan Majlis Kebangsaan serta pilihan raya presiden pada 2027.

Majlis Legislatif Palestin tidak lagi berfungsi sejak 2007 susulan perpecahan politik dan pengambilalihan Semenanjung Gaza oleh Hamas. Abbas membubarkan majlis itu pada 2018. Pilihan raya legislatif Palestin terakhir diadakan pada 2006.

Sistem politik Palestin kekal berpecah sejak 2007, dengan Hamas mentadbir Gaza yang menjadi medan perang Israel sejak Oktober 2023, manakala kerajaan yang dibentuk oleh gerakan Fatah mentadbir Tebing Barat yang diduduki.- ANADOLU

The post Hamas sertai pilihan raya Palestin bersama gabungan nasional appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved