Henti kata kemenangan BN-PN disebabkan politik perkauman

PoliticsOpinion
13 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Henti kata kemenangan BN-PN disebabkan politik perkauman

SAYA ingin mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengatakan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu disebabkan kempen bersifat perkauman yang melampau.

Dakwaan seumpama itu tidak tepat sama sekali kerana kerjasama politik antara gabungan Barisan nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) turut melibatkan parti bukan Melayu.

Soal kalah atau menang itu lain ceritanya. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahkan pihak lain kerana pengundi sudah membuat keputusan berdasarkan pemerhatian mereka.

Umum mengetahui ekonomi negara dimonopoli kaum bukan Melayu dan kita tidak janggal dengan perkara itu. Begitu juga halnya apabila politik negara dikuasai orang Melayu. Saya tidak nampak silapnya. –UTUSAN

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

The post Henti kata kemenangan BN-PN disebabkan politik perkauman appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved