Hamid pengarah baharu Penjara Kelantan

LocalPolitics
17 Sep 2024 • 5:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hamid (kanan) semasa Majlis Serah Terima Tugas bersama Kamaruzaman, disaksikan Mohamad Rosidek di Dewan Tan Sri Murad Ahmad, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Selasa.

KOTA BHARU - Bekas Pengarah Penjara Terengganu, Penolong Kanan Komisioner (PKK) Hamid Taha dilantik sebagai Pengarah Penjara Kelantan baharu berkuat kuasa pada Selasa.

Majlis serah terima tugas antara PKK Kamaruzaman Ismail dengan Hamid berlangsung pada Selasa di Dewan Tan Sri Murad Ahmad, Pengkalan Chepa di sini.

Ia disaksikan oleh Pengarah Pembangunan Profesionalisme Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Mohamad Rosidek Musa.

Sebelum ini, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob menggalas tugas sebagai Pengarah Penjara Kelantan.

Sementara itu, Hamid berkata, beliau akan melaksanakan amanah yang diberikan itu dengan sebaik mungkin.

Beliau berharap semua kakitangan dapat memberikan kerjasama sepanjang berkhidmat di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved