2 pekerja binaan maut tertimbus tanah runtuh

LocalPolitics
9 Sep 2024 • 1:33 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Dua pekerja pembinaan maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Elmina Ridge, Shah Alam, hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, dalam kejadian pada 10.29 pagi itu, dua mangsa warga Bangladesh itu tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit culvert u box dengan kedalaman 0.3 meter.

“Ketika kejadian mereka melakukan kerja-kerja pembinaan longkang,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa pertama dibawa keluar pada 11.12 pagi manakala mangsa kedua pula pada pukul 11.35 pagi tadi. - 9 September, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved