Hamil anak kedua, Intan Najuwa mengidam makan pencuci pinggan perisa lemon

EntertainmentLifestyle
24 Apr 2026 • 8:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Datin Intan Najuwa sekali lagi mencuri perhatian di media sosial selepas berkongsi pengalaman luar biasa sepanjang kehamilan anak keduanya, termasuk beberapa keinginan yang dianggap tidak biasa.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, yang kini hamil anak kedua, mendedahkan beliau terpengaruh dengan aroma segar pencuci pinggan berperisa lemon sehingga timbul keinginan untuk mencubanya secara tidak sengaja.

image is not available

“Mengidam nak makan pencuci pinggan perisa lemon sebab tertarik dengan bau lemon yang segar sangat sampai rasa nak minum.
“Tapi masih selamat belum pernah minum. Teringin, jadi ambil bau saja,” katanya.

Selain itu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu turut berkongsi tabiat kerap menghidu bau kotak kasut dan barangan kulit yang disimpan di rumahnya, selain mengakui lebih cenderung kepada bau-bauan tertentu sepanjang tempoh kehamilan.

image is not available

Dalam perkongsian sama, Intan turut memaklumkan beliau gemar mengunyah ais secara kerap bagi memenuhi keinginan terhadap tekstur sejuk dan rangup, namun menegaskan keadaan kesihatannya berada dalam keadaan baik hasil pemeriksaan doktor.

image is not available

Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ahmad Azraf pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara, pada 15 Disember 2024. Pada Februari lalu, beliau mengumumkan sedang hamil anak kedua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved