"Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump, Mondy Tatto Kini Berbadan Dua?

6 Jun 2024 • 3:57 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Wanita yang pernah dibantu oleh dermawan terkenal, Ebit Lew iaitu Mondy Tatto berkongsi perkembangan terkini dirinya.

 

Nampak baby bump

Menerusi video terbaharu di akaun TikTok miliknya, Mondy atau nama penuhnya Dita Restu Amanda menunjukkan perubahan bentuk badannya dengan mengusap bahagian perut yang menampakkan ‘baby bump’.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyen ditulis Mondy seakan-akan mengesahkan dirinya kini berbadan dua.

Mondy juga menyatakan rasa terkilan kerana bakal melahirkan bayi tanpa kehadiran suami di sisi.

“Hamil tanpa suami itu tidak mudah,” tulisnya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen tertanya-tanya mengenai status perkahwinan dan bayi wanita itu.

Bagaimanapun sehingga kini Mondy masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara  itu.

 

Sebelum ini, Mondy pernah mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia.
 

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.