
Perkembangan era digital bukan sahaja membawa kemudahan malah turut meningkatkan risiko keselamatan. Media sosial yang dahulunya dianggap sebagai ruang komunikasi bebas kini semakin terdedah kepada penipuan, serangan penggodam, pencurian data dan penyebaran berita palsu. Fenomena ini menimbulkan ancaman terhadap keselamatan masyarakat serta kestabilan negara.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa tindakan tegas telah diambil bagi membanteras kandungan berbahaya. Setakat 31 Julai 2026, sebanyak 99,693 kandungan penipuan dalam talian telah diturunkan. Jumlah ini melepasi keseluruhan rekod sepanjang tahun 2025. Peningkatan tersebut menunjukkan usaha berterusan pihak berkuasa dalam memastikan ruang digital lebih selamat dan bebas daripada unsur yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, ketika membentangkan kenyataan di Dewan Negara semalam turut menjelaskan bahawa sebanyak 63,652 kandungan diturunkan pada tahun 2024. Pada 2023, jumlahnya ialah 6,297 kandungan manakala pada tahun 2022 hanya 242 kandungan diturunkan.
Statistik ini memperlihatkan peningkatan yang jelas dari tahun ke tahun sekali gus menandakan bahawa ancaman siber semakin mendesak untuk ditangani. Peningkatan mendadak ini turut membuktikan bahawa ancaman tersebut semakin serius dan memerlukan tindakan segera daripada pihak berkuasa di samping meningkatkan kesedaran masyarakat pengguna.
Sumber – BERNAMA





