Jangan dedah terlalu banyak maklumat anak di media sosial

Family & Parenting
4 Aug 2026 • 2:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan dedah terlalu banyak maklumat anak di media sosial

PUTRAJAYA – Ibu bapa diingatkan supaya tidak mendedahkan secara berlebihan maklumat peribadi dan gambar anak-anak di media sosial bagi mengelak risiko dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kesedaran mengenai keselamatan digital kanak-kanak perlu diperkukuh secara berterusan kerana pendedahan berlebihan di media sosial boleh memberi risiko kepada privasi dan keselamatan mereka.

Beliau berkata, walaupun kementerian tidak mengambil tindakan secara langsung terhadap ibu bapa, peringatan berkaitan risiko tersebut sentiasa diberikan menerusi pelbagai program serta sesi libat urus bersama keluarga.

“Program bersama ibu bapa tidak boleh dihentikan kerana kita perlu terus mengingatkan mereka supaya memahami risiko apabila terlalu banyak mendedahkan maklumat atau gambar anak-anak di media sosial,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Kanak-Kanak ASEAN Ke-9 di sini, hari ini.

Nancy berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut memainkan peranan dalam menangani isu keselamatan dalam talian, manakala kementerian pula akan meneruskan pendekatan mendidik ibu bapa mengenai kepentingan menjaga privasi anak-anak.

“Apabila terlalu banyak maklumat peribadi didedahkan, ia membuka ruang kepada pihak yang mahu melakukan kemudaratan terhadap kanak-kanak. Jadi marilah kita bersama-sama memastikan perkara ini tidak berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Jangan dedah terlalu banyak maklumat anak di media sosial appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved