‘Hampir 99% ke Mekah’- MP Langkawi dedah kisah pemilihan parti ketika bahas RCI TH

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 12:44 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Mohd Suhaimi Abdullah ketika membahaskan Laporan RCI Tabung Haji di Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah membangkitkan persoalan mengenai pengaruh politik dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH), khususnya berkaitan pelantikan dan campur tangan pihak berkepentingan dalam institusi berkenaan.

Ketika membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji di Dewan Rakyat, beliau turut mengaitkan isu tersebut dengan pengalaman yang dilaluinya ketika bertanding sebagai Ketua Bahagian UMNO Jerai pada masa lalu.

Beliau mendakwa terdapat seorang menteri yang menyokong pihak yang menentangnya, termasuk dakwaan tawaran untuk membawa ketua-ketua cawangan menunaikan haji.

“Boleh dikatakan 99 peratus ketua-ketua cawangan pergi ke Mekah,” katanya ketika menceritakan pengalaman berkenaan.

Beliau berkata, terdapat individu yang datang menemuinya dan memaklumkan bahawa mereka tidak dapat menyokongnya kerana terhutang budi kepada seorang menteri yang membantu mereka mendapatkan peluang ke Mekah.

Baca juga:

Suhaimi berkata pengalaman tersebut menyebabkan beliau memahami bagaimana pengaruh politik boleh memainkan peranan dalam sesuatu pertandingan politik, termasuk apabila kepentingan tertentu digunakan untuk mendapatkan sokongan.

“Saya sedih kerana orang kampung tak tahu. Ada menteri offer pergi ke Mekah. Siapa terima, siapa tak nak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merujuk kepada tiga nama yang disebut dalam laporan berkenaan termasuk Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian.

“Saya hanya dapat berdoa, Ya Allah, ya Tuhanku, Engkau tunjukkanlah satu hari perkara-perkara ini akan timbul. Alhamdulillah, ia timbul pada 11 Ogos ini,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pendedahan laporan RCI itu perlu dilihat sebagai peluang untuk memahami kelemahan yang pernah berlaku dalam pengurusan Tabung Haji serta memastikan perkara sama tidak berulang.

The post ‘Hampir 99% ke Mekah’- MP Langkawi dedah kisah pemilihan parti ketika bahas RCI TH appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved