Tindakan MP Bersatu bahas RCI TH bijak, tepat – Fahmi

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 6:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tindakan MP Bersatu bahas RCI TH bijak, tepat – Fahmi

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil memuji sikap ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana menjalankan fungsi mereka dengan membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) pada sidang khas Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, tindakan ahli Parlimen Bersatu itu adalah keputusan yang bijak dan tepat, selain menunjukkan sikap berbeza berbanding parti pembangkang lain.

“Tapi saya lihat setidak-tidaknya pihak ahli-ahli Parlimen daripada parti Bersatu telah menjalankan fungsi mereka semalam dalam sidang khas Dewan Rakyat untuk membahas laporan RCI Tabung Haji.

“Itu adalah keputusan yang bijak, tepat dan berbeza dengan sikap parti-parti pembangkang yang lain dari Perikatan Nasional,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan oleh Rakan Strategik Program Sambutan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, RCI Tabung Haji berkenaan ditubuhkan pada 2021, ketika Pas dan Ketua Pembangkang ketika ini merupakan sebahagian daripada Jemaah Menteri.

Tambah Fahmi, RCI berkenaan kemudiannya disiapkan pada 2022 ketika mereka masih berada dalam kerajaan dengan Menteri Agama ketika itu adalah daripada Pas.

“Tapi yang saya kesali, mereka langsung tidak mahu hadir untuk membahas. Dan ini saya rasa berbeza, cukup berbeza sikap dengan wakil rakyat ahli Parlimen Muar dan juga ahli Parlimen dari Bersatu, selain daripada ahli Parlimen Bebas,” katanya.

Ujar Fahmi, ketidakhadiran pada sidang khas itu telah menyebabkan mereka terlepas peluang untuk membahaskan laporan yang berkaitan dengan kepentingan kira-kira 10 juta pendeposit Tabung Haji.

“Mereka ada di situ waktu RCI dimulakan, RCI selesai kerja, tapi mereka enggan hadir untuk membahas. Mereka lari dari apa? Jadi betul kata Syed Saddiq, mereka tak hadir untuk membahas Perdana Menteri, ya. Perdana Menteri yang sakit, tapi mereka yang tak buat kerja.

“Saya kesal dengan sikap pembangkang yang bagi saya tidak menjalankan amanah mereka kepada rakyat dan kepada 10 juta pendeposit Tabung Haji,” katanya. – UTUSAN

The post Tindakan MP Bersatu bahas RCI TH bijak, tepat – Fahmi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved