Hampir Kena Hempap! Mujur Tiada Nyawa Melayang

LocalEnvironment
10 Aug 2026 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Hampir Kena Hempap! Mujur Tiada Nyawa Melayang

image.png

Satu klip video tular di internet yang menunjukkan sebatang pokok besar tumbang di Jalan Macalister, George Town semalam namun beberapa individu terselamat daripada kejadian pokok tumbang itu.

Kejadian itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV), memaparkan pokok berkenaan tumbang melintangi jalan raya ketika beberapa kenderaan sedang melalui kawasan tersebut.

Dalam rakaman berkenaan, sebuah Perodua Kelisa serta dua penunggang motosikal dilihat sedang bergerak di laluan bersebelahan pokok terbabit sebelum pokok berkenaan tumbang selang beberapa saat.

Di lokasi sama, kurang dari 10 saat sebelum kejadian, turut terakam seorang pelajar sekolah baru sahaja melintasi jalan dan berjalan di belakang pokok terbabit sebelum ia tumbang ke arah jalan raya.

Kesemua mereka dipercayai terselamat tanpa dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, insiden tersebut mengakibatkan sebuah Perodua Ativa dinaiki tiga sekeluarga mengalami rosak teruk dan ketiga-tiga mereka berusia antara sembilan tahun hingga 68 tahun dilaporkan cedera.

SUMBER KOSMO.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved