Warga emas, cucu cedera pokok angsana tumbang hempap kereta

9 Aug 2026 • 1:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Warga emas, cucu cedera pokok angsana tumbang hempap kereta

GEORGE TOWN – Tiga sekeluarga dilaporkan mengalami kecederaan apabila kereta jenis Perodua Ativa yang mereka naiki dihempap sebarang pokok angsana yang tumbang di Jalan Macalister di sini, pagi tadi.

Mangsa terdiri pasangan warga emas berusia 66 dan 68 tahun bersama cucu perempuan berusia sembilan tahun itu terlebih dahulu dikeluarkan oleh orang awam sebelum kehadiran pasukan bomba di lokasi kejadian.

Mereka masing-masing mengalami kecederaan pada dada, hidung dan tangan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 9.12 pagi tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak yang diketuai Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan l Mohd. Nazrin Azuddin.

“Insiden melibatkan sebatang pokok angsana yang berketinggian 30 meter dengan ukur lilit 2.55 meter telah tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Ativa.

“Mangsa yang terlibat telah diberi rawatan awal dan dikejarkan ke hospital dengan ambulans Kementerin Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya di sini, sebentar tadi.

Beritahu beliau lagi, Komander Operasi kemudiannya membuat ‘size up’ dan mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang tersebut.

Operasi turut dibantu pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Teh Lai Heng menerusi satu hantaran di Facebook berkata, insiden berlaku ketika kenderaan terbabit sedang bergerak lalu mengakibatkan tiga mangsa cedera.

“Ketika ini, anggota pihak berkuasa tempatan bersama pasukan bomba sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang bagi memastikan jalan berkenaan dapat dibuka semula dan digunakan seperti biasa,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

The post Warga emas, cucu cedera pokok angsana tumbang hempap kereta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved