[VIDEO] Kurang 10 saat, pemandu kelisa, penunggang motor selisih maut

LocalEnvironment
10 Aug 2026 • 3:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Kurang 10 saat, pemandu kelisa, penunggang motor selisih maut

PETALING JAYA – Seorang pelajar sekolah, pemandu sebuah Perodua Kelisa serta dua penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila nyaris dihempap pokok angsana yang tumbang di Jalan Macalister, George Town semalam.

Kejadian itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV), memaparkan pokok berkenaan tumbang melintangi jalan raya ketika beberapa kenderaan sedang melalui kawasan tersebut.

Dalam rakaman berkenaan, sebuah Perodua Kelisa serta dua penunggang motosikal dilihat sedang bergerak di laluan bersebelahan pokok terbabit sebelum pokok berkenaan tumbang selang beberapa saat.

Di lokasi sama, kurang dari 10 saat sebelum kejadian, turut terakam seorang pelajar sekolah baru sahaja melintasi jalan dan berjalan di belakang pokok terbabit sebelum ia tumbang ke arah jalan raya.

Bagaimanapun, kesemua mereka dipercayai terselamat tanpa dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, insiden tersebut turut mengakibatkan sebuah Perodua Ativa dinaiki tiga sekeluarga mengalami rosak teruk dan ketiga-tiga mereka berusia antara sembilan tahun hingga 68 tahun dilaporkan cedera.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis dilapor berkata, kesemua mangsa tekah menerima rawatan awal dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 9.12 pagi dan setibanya di lokasi mendapati, pokok angsana setinggi kira-kira 30 meter dengan ukur lilit 2.55 meter telah tumbang dan menghempap Perodua Ativa yang sedang bergerak.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak kemudiannya menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang,” katanya.

Operasi turut dibantu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sementara itu, kejadian berkenaan turut mengundang perhatian netizen selepas rakaman CCTV yang memaparkan beberapa pengguna jalan raya nyaris ditimpa pokok berkenaan tular di media sosial.

Rakaman tersebut memperlihatkan betapa pantas keadaan berubah apabila pokok besar itu tiba-tiba tumbang ketika jalan berkenaan masih dilalui kenderaan.

“Panjang umur budak yang berjalan kaki dan menunggang motosikal itu. Kalau terlambat sesaat, tak tahu apa terjadi,” kata Sairul Ipul.

“Allah selamatkam ramai di situ, cuma rezeki satu kereta yang terkesan. Betul-betul pokok tumbang selepas beberapa saat budak sekolah melintas, dua motosikal lalu dan sebuah lagi kereta sempat melepasi pokok tersebut sebelum cecah ke jalan,” kata Nazmi.

“Allahuakbar. Mujur budak tu selamat. Seram juga nak ke Penang (Pulau Pinang) macam ini. Pokok besar-besar tumbang,” komen Nur Idayu. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

The post [VIDEO] Kurang 10 saat, pemandu kelisa, penunggang motor selisih maut appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved