Hampir Opt-Out Caruman LINDUNG 24 Jam, Pekerja Karangkraf Syukur Terima Manfaat Selepas Kemalangan

LocalPersonal Finance
7 Sep 2026 • 5:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hampir Opt-Out Caruman LINDUNG 24 Jam, Pekerja Karangkraf Syukur Terima Manfaat Selepas Kemalangan

Niat seorang pekerja Karangkraf untuk memilih opt-out daripada caruman tambahan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau Skim LINDUNG 24 Jam hampir menjadi keputusan yang dikesalinya selepas dia menerima manfaat skim berkenaan susulan kemalangan ketika beriadah.

Pengurus Unit Pemasaran dan Pengiklanan Sinar Harian, Mohd Shafiq Affandy berkata, dia hampir menekan butang opt-out ketika diberi pilihan untuk menyertai skim yang melibatkan caruman tambahan sebanyak 0.75 peratus kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Bagaimanapun, beliau akhirnya memilih untuk meneruskan caruman tersebut, keputusan yang ternyata memberi manfaat selepas dia terlibat dalam kemalangan di sebuah taman di luar waktu bekerja.

Memetik laporan Sinar Harian, Mohd Shafiq berkata, kejadian berlaku pada 2 Ogos lalu apabila dia terjatuh daripada basikal ketika cuba mengelak daripada melanggar seorang kanak-kanak.

“Pada 2 Ogos lalu, saya terjatuh daripada basikal ketika mengelak melanggar seorang kanak-kanak di taman.

“Kepala saya cedera dan dahi berlubang sehingga memerlukan 10 jahitan, selain mengalami bengkak dan lebam kecil. Doktor kemudian memberikan cuti sakit selama seminggu.

“Apabila saya mula masuk kerja, seorang rakan mencadangkan supaya menuntut faedah Skim LINDUNG 24 Jam, walaupun pada mulanya saya tidak tahu bahawa tuntutan itu boleh dibuat,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Menurutnya, proses tuntutan tidak terlalu rumit kerana Bahagian Sumber Manusia (HR) Karangkraf turut membantu, termasuk menyediakan pautan ke laman sesawang PERKESO.

Tidak sampai seminggu kemudian, Mohd Shafiq dimaklumkan bahawa beliau layak menerima faedah Skim LINDUNG 24 Jam, sekali gus menjadi pekerja pertama Karangkraf yang menerima manfaat berkenaan.

“Difahamkan, jumlah tuntutan bergantung kepada tahap kecederaan pencarum.

“Alhamdulillah, ada juga faedah diterima walaupun tidak mencecah ribuan ringgit, namun dapat meringankan beban.

“Skim LINDUNG 24 Jam sangat bagus dan manfaatnya tidak perlu diragui. Pencarum sepatutnya meneruskan caruman meskipun terdapat penambahan peratusan kerana perlu lihat manfaat bakal diperoleh,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Bahagian Sumber Manusia Karangkraf, Nur Wahidah Yasir berkata, perlindungan pekerja merupakan aspek penting yang tidak seharusnya terhad kepada waktu bekerja kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Menurutnya, Skim LINDUNG 24 Jam menyediakan lapisan perlindungan tambahan kepada pekerja dan keluarga ketika berdepan kejadian tidak dijangka.

Baca juga:

“Pihak HR komited memberi perhatian terhadap kebajikan pekerja, termasuk membantu dari segi penerangan mengenai manfaat skim, dokumentasi dan urusan tuntutan,” jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved