“Hampir satu pulau” – Kuching & Serian Antara Terjejas, Lebih 7,000 Titik Panas Dikesan Di Kalimantan

LocalEnvironment
20 Aug 2026 • 3:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 08 20T154646.355

Keadaan jerebu di Sarawak diramal berterusan berikutan peningkatan pembakaran biojisim di Kalimantan, Indonesia yang ditiup angin Monsun Barat Daya, menurut amaran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak.

Berdasarkan laporan Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC), sebanyak 148 titik panas dikesan di Sarawak, manakala 7,286 titik panas dikesan di Kalimantan. Asap tebal dari Kalimantan Barat kini bergerak ke arah utara memasuki kawasan barat Sarawak.

Artikel berkaitan: Kebakaran Jejas 107,000 Hektar Kawasan Hutan, Indonesia Dakwa Tiada Negara Jiran Lapor Terjejas Jerebu

Artikel berkaitan: Ratusan Titik Panas Dikesan Di Kalimantan, Malaysia Bakal Jerebu Lagi?

Isu ini turut mencetuskan kegelisahan pengguna media sosial terutama mereka yang tinggal berdekatan serta warganegara Indonesia.

 

View on Threads

 

Setakat jam 8 pagi Khamis, sembilan kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat. Serian dan Lubok Antu mencatat bacaan tertinggi (185), diikuti Kuching, Lundu, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, dan Tebedu.

Menurut laporan media tempatan, Pontianak mencatatkan kualiti udara terburuk di Indonesia dengan bacaan AQI 191 akibat kebakaran di beberapa daerah persekitaran. Pihak berkuasa Pontianak telah mengisytiharkan status darurat kebakaran hutan dan lahan bagi memperketat kawalan.

NREB mengingatkan bahawa sekolah, tadika, dan taska di Sarawak akan ditutup serta-merta sekiranya bacaan IPU mencecah paras 200. Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan menggunakan pelitup muka.

Sumber: Threads, Borneo Post

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved