Hampir seluruh negara diramal ribut petir hingga 6 petang ini

16 Nov 2026 • 4:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hampir seluruh negara diramal ribut petir hingga 6 petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di hampir seluruh Semenanjung termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labun sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Perak, kawasan yang terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Di Pahang, amaran berkenaan melibatkan Rompin dan Bera.

“Amaran turut melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Miri, Marudi dan Beluru di Miri, Sri Aman, Song di Kapit, Mukah, Daro, Dalat dan Matu di Mukah, Sibu, Tatau di Bintulu, Maradong, Julau dan Pakan di Sarikei, Limbang serta Betong.

Sementara itu, di Sabah, amaran berkenaan melibatkan Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tambunan dan Keningau di Pedalaman, Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan di Pantai Barat, manakala di Tawau membabitkan Tawau dan Kalabakan.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Hampir seluruh negara diramal ribut petir hingga 6 petang ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved