Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Melanda Beberapa Kawasan Petang Ini

16 Nov 2026 • 3:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Melanda Beberapa Kawasan Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri serta kawasan di seluruh negara sehingga jam 6 petang ini.

Menerusi kenyataan MetMalaysia hari ini, amaran tersebut melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Di Perak, kawasan yang terjejas ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Amaran sama turut melibatkan Rompin dan Bera di Pahang, selain seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca berkenaan termasuk Miri, Marudi, Beluru, Sri Aman, Kapit, Song, Mukah, Daro, Dalat, Matu, Sibu, Bintulu, Tatau, Sarikei, Maradong, Julau, Pakan, Limbang dan Betong.

Sementara itu, di Sabah, amaran melibatkan kawasan Pedalaman, termasuk Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tambunan dan Keningau.

Kawasan Pantai Barat yang terlibat pula ialah Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan, manakala di Tawau, amaran melibatkan Tawau serta Kalabakan.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda tanda yang menunjukkan kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Baca juga:

Menurut jabatan itu, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved