Ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, tiga Wilayah Persekutuan

LocalEnvironment
16 Nov 2026 • 4:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, tiga Wilayah Persekutuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 11 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 11 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan hingga 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Pahang melibatkan Rompin dan Bera.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Miri (Miri, Marudi dan Beluru), Sri Aman, Kapit (Song), Mukah (Mukah, Daro, Dalat dan Matu), Sibu, Bintulu (Tatau), Sarikei (Maradong, Julau dan Pakan), Limbang, serta Betong (Betong).

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah, iaitu di Pedalaman (Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tambunan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan), serta Tawau (Tawau dan Kalabakan). - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved