Hampir Separuh Pelanggan Twitter Blue Dikatakan Mempunyai Kurang 1000 Pengikut

TechnologyDigital
29 Mar 2023 • 9:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter dibawah Elon Musk melakukan pelbagai perubahan pada perkhidmatan, termasuk memperkenalkan Twitter Blue yang menawarkan khidmat berbayar untuk membolehkan pengguna menerima tanda calit biru pada profil – sekaligus memberikan tanda pengesahan yang agak eksklusif sebelum ini pada platform tersebut.

Walaupun telah diperkenalkan untuk beberapa bulan, dan mempunyai ratus ribu pengguna yang melanggan Twitter Blue, mengikut pengkaji dan penganalisa, ia dikatakan hampir separuh dari keseluruhan pelanggan yang melanggan Twitter Blue mempunyai kurang dari 1000 pengikut.

Malah, lebih 70,000 pelanggan Twitter Blue mempunyai kurang 100 pengikut pada akaun mereka – iaitu hampir 17.6% pelanggan Twitter Blue buat masa ini.

Perkara ini sekaligus memperlihatkan yang mana pengguna dan akaun tegar masih tidak melanggan Twitter Blue buat masa ini.

Sama-sama kita nantikan 1 April ini, sama ada perkara berkenaan akan berubah atau tidak, selepas Twitter membuang tanda calit biru legasi dari semua akaun, dan hanya menyokong langganan Twitter Blue sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved