Hampir Separuh Populasi Manusia Menggunakan Produk Meta Setiap Bulan – 3.88 Bilion Pengguna Aktif Bulanan

TechnologyDigital
27 Jul 2023 • 5:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada penghujung tahun 2022 lepas, ia telah dimaklumkan angka populasi manusia di Bumi kini melangkaui 8 bilion orang. Mengikut data terkini yang dikongsikan oleh Meta, ia dilihat hampir separuh dari bilangan berkenaan menggunakan produk Meta setiap bulan.

Mengikut data terbaru yang dikongsikan, seramai 3.88 bilion pengguna menggunakan produk Meta setiap bulan. Produk Meta adalah termasuk aplikasi Facebook, Instagram, WhatsApp, Threads, dan juga Messenger.

image is not available

Untuk makluman, perkhidmatan Facebook sendiri digunakan lebih 3 bilion pengguna aktif setiap bulan, dan tidak termasuk lagi perkhidmatan seperti WhatsApp, Instagram dan lain-lain.

Menariknya adalah angka penggunaan produk Meta terus berkembang positif dari hari ke hari. Mungkinkah kita akan melihat Meta mencapai angka pengguna seramai 4 bilion sebulan dalam masa setahun dua lagi?