Telegram Kini Mempunyai Lebih 800 Juta Pengguna Aktif Bulanan – Meraih $270 Juta Melalui Jualan Bon

TechnologyDigital
19 Jul 2023 • 3:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telegram hari ini berkongsi menyatakan kini terdapat lebih 800 juta pengguna aktif bulanan yang menggunakan perkhidmatan permesejan mereka. Angka ini berjaya dicapai dengan lebih 2.5 juta pendaftaran berlaku hampir setiap hari pada platform berkenaan.

Dalam memastikan operasinya terus bergerak lancar, Telegram menyatakan mereka telah meraih dana berjumlah $270 juta melalui penjualan bon untuk Telegram. Pengasasnya sendiri telah membeli sekitar 25% daripada bon Telegram yang baharu ini.

Disamping itu, Telegram turut menyatakan mereka semakin menghampiri dalam mencapai keuntungan, lebih pantas dan baik berbanding dengan pesaing mereka seperti Twitter dan juga Snap. Telegram menyatakan perkara ini berjaya dicapai dalam hanya dua tahun sejak mereka memperkenalkan beberapa kaedah dalam menjana pendapatan – termasuk pengiklanan dan menjual langganan Telegram Premium.

Untuk bulan ini sahaja, Telegram dijangka memperkenalkan beberapa ciri baharu, termasuk salah satunya adalah Telegram Stories – yang membolehkan pengguna berkongsi gambar, video dan teks yang hilang dalam tempoh 24 jam seperti beberapa penyedia sosial yang lain.