Hampir Setahun Dengan Al-Nassr, Ronaldo Raih RM884.5 Juta!

15 Nov 2023 • 1:10 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Pemain bola sepak terkemuka, Cristiano Ronaldo dikatakan sudah raih RM884.5 juta (153 juta pound) selepas hampir setahun beraksi di Liga Pro Saudi bersama Al-Nassr.

Menurut laporan Buletin TV3, pemain yang berusia 38 tahun itu telah menandatangani kontrak bersama kelab tersebut bernilai bernilai 177 juta pound (RM1.02 bilion) pada Disember tahun lalu.

Ronaldo raih RM884.5 juta

image is not available

Difahamkan, sepanjang beraksi untuk kelab berkenaan, Ronaldo sudah meledak 36 gol dalam 42 penampilan untuk Al-Nassr, yang kini menghuni tangga kedua liga selepas 13 perlawanan.

Rekod tersebut menjadi bukti penyerang Portugal itu tidak makan gaji buta sebaliknya terus memberi aksi yang terbaik untuk pasukannya.

Bukan itu sahaja, anak lelakinya iaitu Cristiano Jr dilaporkan telah mengikuti akademi remaja Al-Nassr untuk mengikuti jejak seperti ayahnya.

image is not available

Difahamkan juga, Cristiano Jr yang memakai jersi bernombor tujuh telah menunjukkan potensi memberangsangkan apabila terpilih untuk mewakili skuad bawah 15 tahun Al-Nassr.

image is not available

Sumber: Buletin TV3