Hamzah Zainudin dilantik jadi pengarah, Faizal Azumu pula selia jabatan pilihan raya Bersatu

LocalPolitics
17 Jul 2025 • 8:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Parti Bersatu kini seakan sedang bersedia mempersiapkan jentera apabila Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilantik secara rasmi sebagai Pengarah Pilihan Raya parti, manakala Ahmad Faizal Azumu diberi tanggungjawab menyelia jabatan pilihan raya.

Ucapan tahniah buat Hamzah Zainudin, Faizal Azumu dari MPT

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Wan Saiful Wan Jan, selepas mesyuarat MPT parti yang berlangsung baru-baru ini apabila memuat naik kenyataan rasmi di media sosial miliknya.

“Saya ucapkan tahniah kepada Hamzah yang disahkan sebagai pengarah pilihan raya Bersatu, (bagi) menyelia jabatan pilihan raya diketuai Ahmad Faizal Azumu,” katanya menerusi Facebook.

image is not available

Llantikan Hamzah Zainudin adalah persiapan menjelang pilihan raya

Tambah beliau, pelbagai keputusan penting turut dicapai dalam mesyuarat berkenaan termasuk persiapan pilihan raya negeri Sabah serta usaha menjalin persefahaman bersama parti-parti politik bukan kerajaan.

Wan Saiful turut menyatakan bahawa usul yang dikemukakannya mengenai pembentukan jawatankuasa dan pergerakan jabatan pilihan raya turut dipersetujui.

“Saya harap dengan keputusan itu ahli jawatankuasa jabatan pilihan raya dapat dilantik segera dan parti boleh bergerak ke hadapan dengan lebih pantas,” katanya.

image is not available

Memetik laporan daripada FMT, pelantikan Hamzah itu turut disahkan oleh Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.

Sumber: Facebook Wan Saiful Wan Jan, FMT