
LAHAD DATU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan menjadi medan kebangkitan semula Umno termasuk di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Parlimen Lahad Datu.
Ketua Wanita Umno Lahad Datu Sitti Royani Rafael berkata sokongan akar umbi dan kekuatan jentera parti, khususnya di bahagian ini akan dapat menyumbang kepada kemenangan parti pada PRN akan datang.
Justeru itu, katanya, Wanita Umno Lahad Datu berharap Barisan Nasional (BN) dapat meletakkan calon di keempat-empat Dun iaitu Silam, Segama, Kunak dan Tungku.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sokongan akar umbi masih utuh. Walaupun kita pernah kalah pada 2018 dan 2020, itu bukan ukuran mutlak.
“Kekalahan pada 2018 akibat tsunami politik di seluruh negara dan pada 2020 kita berdepan dengan konflik gabungan yang tidak serasi dan merugikan,” katanya pada Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Lahad Datu di Dewan Chee Yee Khor.
Mesyuarat berkenaan dirasmikan oleh Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, dan turut dihadiri oleh Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Noraini Idris.
Sitti Royani turut mengingatkan ahli agar terus bersatu dan mengelakkan perpecahan bagi mengukuhkan parti.
Sementara itu, Dr. Noraini ketika merasmikan mesyuarat berkenaan mengingatkan ahli agar terus melaksanakan pendekatan bagi meyakinkan pengundi untuk kembali menyokong BN.
Katanya, pendekatan seperti turun padang adalah bagi membina semula keyakinan rakyat terhadap Umno dan BN.
Beliau menegaskan bahawa Umno-BN sentiasa mendengar dan membawa suara rakyat Sabah ke peringkat persekutuan.


