Hamzah Zainudin kembali terajui blok pembangkang di Dewan Rakyat

LocalPolitics
22 Jun 2026 • 11:04 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Hamzah Zainudin kembali terajui blok pembangkang di Dewan Rakyat

SHAH ALAM, 22 JUN: Datuk Seri Hamzah Zainudin kembali memegang jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat berkuat kuasa 18 Jun lalu, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Ahli Parlimen Larut itu mengambil semula peranan berkenaan selepas jawatan tersebut disandang sementara oleh Ahli Parlimen Kemaman Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dari 21 Mei hingga 10 Jun lalu.

"Yang Berhormat Larut (Hamzah) adalah Ketua Pembangkang setakat 20 Mei. Selepas itu, Yang Berhormat Kemaman (Ahmad Samsuri) menjadi Ketua Pembangkang mulai 21 Mei hingga 10 Jun.

"Kini, Yang Berhormat Larut mulai 18 Jun kembali menjadi Ketua Pembangkang. Tahniah Larut," katanya seperti dilapor Berita Harian.

Johari turut merakamkan penghargaan kepada Ahmad Samsuri atas khidmat beliau sepanjang tempoh memegang jawatan berkenaan.

"Saya mengucapkan penghargaan kepada Yang Berhormat Kemaman atas khidmat sebagai Ketua Pembangkang dalam tempoh tersebut dan mengalu-alukan Yang Berhormat Larut untuk kembali berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang," katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan pelantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang pada Konvensyen RESET Malaysia di Tapak Ekspo Kota Harmoni, Tanah Merah pada 13 Jun lalu.