Hangat dilamun cinta? Nora Danish tegaskan Nedim berhak bahagia bersama pilihan hati

EntertainmentLifestyle
5 Feb 2026 • 3:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Nora Danish, 44, menyifatkan bekas suaminya, Nedim Nazri Aziz atau Boss Ned berhak untuk bercinta dan menikmati kebahagiaan sendiri bersama wanita yang dicintai.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif berkata, sebagai bapa kepada anak mereka, Mohamed Neqayl atau Ney Ney, Nedim sememangnya layak untuk meneruskan kehidupan dan mencari kebahagiaan baharu.

“Tentang hubungan bekas suami saya, Nedim dan juga wanita yang hadir dalam hidupnya (Nadia Brian), cuma apa boleh saya katakan dia berhak bercinta dan mendapatkan kebahagiaan sendiri.
“Saya mendoakan yang terbaik untuk Nedim sebab dia memang berhak bahagia,” katanya.

image is not available

Nora Danish tegaskan Nedim berhak bahagia

Ditanya sama ada Ney Ney ada berkongsi sebarang perasaan selepas pertemuan bersama kekasih bapanya, Nora berkata anak lelakinya itu menerima keadaan tersebut dengan baik.

“Tak ada kata apa-apa. Dia (Ney Ney) okay sahaja,” katanya.

image is not available

Dalam perkembangan sama, Nora turut difahamkan ada mengirimkan mesej peribadi (DM) kepada Nadia susulan foto romantis yang dimuat naik Nedim di media sosial.

Artikel lain: Nedim Nazri tiada duit? Fitnah! Nadia Brian nafi tanggung kekasih -“Kelakarlah..”

Sebelum ini, Nadia dalam satu temu bual bersama portal hiburan memaklumkan dia tersentuh dengan DM yang diterima daripada Nora, selain menganggap pelakon sitkom Puteri itu sebagai seorang yang profesional dan berlapang dada.

image is not available

Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 sebelum sah bercerai pada Julai 2024 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sementara itu, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan dikenali sebagai Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun berpisah secara sah pada April 2021.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)