Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy, dilaporkan telah bercerai selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.
Menurut maklumat di laman web rasmi Hannah, beliau mendirikan rumah tangga dengan Ramachandran pada 2008, iaitu sebelum beliau mula menceburi bidang politik secara rasmi.
AdvertisementView this post on Instagram
Pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata, Shay dan Kayleigh, yang masing-masing dilahirkan pada 2011 dan 2013.
Maklumat sama turut menyatakan pasangan itu telah bercerai pada 2026, selepas 18 tahun bersama.
Hannah Yeoh Miliki Pengalaman Luas Dalam Politik
Hannah kini merupakan Ahli Parlimen Segambut, kerusi yang dimenanginya buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum 2018.
Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya selama dua penggal dari 2008 hingga 2018.
View this post on Instagram
Pada 2013, Hannah mencatat sejarah apabila dilantik sebagai wanita pertama yang dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2018 dan memegang jawatan itu sehingga 2020.
Hannah seterusnya dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dari 2022 hingga 2025 sebelum mengambil alih jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pada Disember 2025.
Jawatan Dalam DAP
Dalam parti, Hannah kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP, selain merupakan Naib Pengerusi DAP dan ahli jawatankuasa DAP Wanita.
Maklumat mengenai perceraian Hannah dan Ramachandran itu dinyatakan menerusi laman web rasmi beliau, yang turut menyenaraikan latar belakang keluarga serta perjalanan politiknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

(TERKINI) Bekas Menteri Agama Direman Lima Hari Susulan Pendedahan RCI Tabung Haji
The post Hannah Yeoh Dan Suami Bercerai Selepas 18 Tahun Berumah Tangga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





