Laman web rasmi sahkan Hannah Yeoh bercerai selepas 18 tahun berkahwin

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 4:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilaporkan telah bercerai dengan suaminya Ramachandran Muniandy selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara itu dinyatakan menerusi laman web rasmi Ahli Parlimen Segambut berkenaan yang turut memaparkan latar belakang kehidupan peribadinya.

Image from: Laman web rasmi sahkan Hannah Yeoh bercerai selepas 18 tahun berkahwin

Menurut maklumat di laman tersebut, Hannah berkahwin dengan Ramachandran pada 2008, tidak lama sebelum beliau memulakan perjalanan dalam arena politik.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shay dan Kayleigh yang masing-masing dilahirkan pada tahun 2011 dan 2013.

Image from: Laman web rasmi sahkan Hannah Yeoh bercerai selepas 18 tahun berkahwin

Maklumat di laman web tersebut turut menyatakan bahawa perkahwinan pansangan itu berakhir pada tahun ini selepas 18 tahun bersama.

Untuk rekod, Hannah mula menjadi Ahli Parlimen Segambut selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Image from: Laman web rasmi sahkan Hannah Yeoh bercerai selepas 18 tahun berkahwin

Image from: Laman web rasmi sahkan Hannah Yeoh bercerai selepas 18 tahun berkahwin

Sebelum itu, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya selama dua penggal bermula 2008 hingga 2018.

Pada 2013, beliau mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Image from: Laman web rasmi sahkan Hannah Yeoh bercerai selepas 18 tahun berkahwin

Dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan, Hannah pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2018 hingga 2020.

Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan bagi tempoh 2022 hingga 2025 sebelum mengambil alih portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pada Disember tahun lalu.

Image from: Laman web rasmi sahkan Hannah Yeoh bercerai selepas 18 tahun berkahwin

Dalam parti pula, Hannah kini memegang beberapa jawatan penting dalam DAP termasuk sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Setiausaha Agung serta anggota jawatankuasa DAP Wanita.

Sumber: hannahyeoh.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved