
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy, dilaporkan bercerai selepas 18 tahun berkahwin.
Ahli politik berusia 47 taun itu menerusi laman sesawang rasminya, hannahyeoh.com memaklumkan mereka bercerai pada tahun ini.
Yeoh yang merupakan Ahli Parlimen Segambut memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan tersebut iaitu Shay, 15, dan Kayleigh, 13.
Sekadar info, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkahwin dengan Ramachandran Muniandy pada tahun 2008 sebelum bertanding dalam pilihan raya Pilihan Raya Umum ke-12.





