Hantar anak sambung belajar di UK, Engku Emran teruja jumpa bapa tiri Engku Aleesya

LocalFamily & Parenting
15 Dec 2025 • 9:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas suami kepada pelakon dan penyanyi, Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal menjadi sorotan publik apabila berkongsi gambar bersama Mr. E sewaktu menghantar anaknya di lapangan terbang bagi melanjutkan pengajian ke luar negara.

Jumpa bapa tiri Engku Aleesya

image is not available

Menerusi perkongsian di Instagram, Engku Emran meluahkan rasa gembira dapat bertemu bapa tiri baharu Aleesya dan menyambut baik kehadirannya dalam keluarga mereka.

“Selamat datang ke dalam keluarga, Mr. E.
“Akhirnya dapat berjumpa ayah tiri baharu kepada Aleesya,” tulis Engku Emran, hari ini.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan anaknya berjaya ditawarkan untuk mengikuti kursus pendek di Oxford, UK setelah memperolehi keputusan cemerlang dalam IGCSE.

image is not available

“Aleesya telah ditawarkan untuk mengikuti kursus pendek di Oxford UK kerana keputusan cemerlangnya dalam ujian IGCSE.
“Jadi kami bertiga menghantarnya berlepas dari KLIA, pagi semalam,” ucapnya lagi.

Terdahulu, Engku Emran berkongsi kejayaan anak tunggalnya, Engku Aleesya, meraih keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan IGCSE dan meluahkan rasa bangga kerana pengorbanannya selama 11 tahun kini mula menuai hasil yang berbaloi.

Untuk rekod,  primadona filem Melayu, Erra Fazira, 51, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44, dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mohd Sabirin Noordin dalam suasana penuh barakah di ruang acara Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang.

Pada majlis berkenaan, Ezwan menyerahkan mas kahwin berupa 24 dinar emas kepada Erra.

Sumber: Instagram aintmeemrawnoon