Sebuah kemalangan tragis di Jalan Kuchai Lama meragut nyawa Muhammad Harish Aiman, yang bukan sahaja baru sahaja mengikat tali perkahwinan pada 7 November 2025 di Pahang, malah dikenali sebagai seorang pekerja JnT yang berdedikasi.
Menurut hantaran di TikTok keluarga arwah, majlis pihak lelaki sepatutnya berlangsung pada 13 Disember 2025, namun hasrat tersebut tidak kesampaian.
“Kita hanya mampu merancang, tapi Allah menentukan segalanya,” tulisnya.
#fyppppppppppppppppppppppp #fyp #viral #harishaiman #langgarlari
Allahyarham juga dikatakan menggubah sendiri hantaran perkahwinan buat pengantin perempuan untuk majlis bertandang. Sayangnya, beliau tidak sempat menikmati momen tersebut.
“Hantaran semua hasil air tangan arwah sendiri, tak sempat arwah nak merasa semua barang hantaran. Preparation doorgift untuk majlis bertandang pada 13 disember semua telah siap tinggal menunggu hari je namun semuanya dijadikan kenangan,” katanya.
Baca juga:
Dalam kejadian pada 8 Disember lalu, motosikal yang ditunggangi Harish Aiman dilanggar sebuah kereta di Jalan Kuchai Lama pada jam 12.20 pagi Ahad.
@PDRMsiaOfficial #viral #fyppppppppppppppppppppppp #fyp
Sehubungan dengan itu, keluarga mangsa memohon keadilan dan mengharapkan pihak yang terlibat tampil memberikan keterangan berhubung insiden tersebut.
“Semoga pelaku berani muncul dan memberi keterangan,” katanya.
The post Hantaran belum dibuka, pengantin baru maut dalam kemalangan appeared first on The Reporter.




