Hantaran 'Penunggang Agama' Di Threads Cecah 9.2 Juta Capaian, Peguam PU Riz Hantar LOD, Tuntut Pampasan RM1 Juta

30 Oct 2026 • 12:11 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Hantaran 'Penunggang Agama' Di Threads Cecah 9.2 Juta Capaian, Peguam PU Riz Hantar LOD, Tuntut Pampasan RM1 Juta

Pendakwah bebas, PU Riz mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa memfitnahnya menerusi hantaran di platform Threads sehingga menjejaskan reputasinya.PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 31, didakwa dilabel sebagai ‘penunggang agama’ menerusi hantaran yang mendapat perhatian meluas dalam kalangan pengguna media sosial.Peguam yang mewakilinya, Faizal Rahman memaklumkan pihaknya sudah menyerahkan surat tuntutan (LOD) kepada individu terbabit pada Khamis menerusi e-mel dan WhatsApp.Menurut Faizal, tuduhan tersebut disifatkan serius memandangkan anak guamnya mempunyai kelayakan akademik serta tauliah mengajar agama."Label ‘penunggang agama’ ini amat berat. Apabila gelaran tersebut dilemparkan kepada seseorang yang terbukti mempunyai kelayakan dan tauliah mengajar agama, ia merupakan satu fitnah yang serius dalam masyarakat."Akaun Threads tersebut mempunyai capaian yang meluas. Sewaktu tindakan diambil, tontonannya mencecah lebih 2 juta dan kini sudah mencapai kira-kira 9.2 juta capaian."Pihak kami perlu menyekat perkara ini agar fitnah tidak terus berleluasa. Surat tuntutan (LOD) telah diserahkan semalam (Khamis) melalui e-mel dan WhatsApp, dan kedua-duanya telah pun diterima oleh individu berkenaan," katanya kepada Gempak.Faizal berkata demikian pada sidang media khas yang berlangsung di pejabat Faizal & Co, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.Dalam masa sama, Faizal memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada individu terbabit, malah hantaran yang dipertikaikan juga belum dipadamkan.Jelasnya, pihak PU Riz turut mengemukakan lima tuntutan terhadap individu berkenaan, termasuk permohonan maaf secara terbuka dan bayaran pampasan sebanyak RM1 juta."Sehingga kini belum ada sebarang maklum balas dan hantaran tersebut masih belum dipadamkan. Kami menetapkan beberapa syarat termasuk pampasan ganti rugi kerana kerosakan reputasi telah pun berlaku."Lima tuntutan yang kami beri adalah untuk menurunkan dan memadamkan hantaran yang dimuat naik, berhenti berkongsi sebarang hantaran berkaitan, memberi jaminan untuk tidak mengulangi lagi perkongsian berkaitan ini."Selain itu, individu itu juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan sebanyak RM1 juta," katanya.Terdahulu, PU Riz dan isterinya, selebriti Neelofa menjadi perhatian selepas acara Nunha Meet & Greet yang dijadualkan berlangsung di Johor pada 24 Oktober lalu dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan susulan keadaan jerebu.Pembatalan tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati apabila peserta mendakwa tidak ditawarkan bayaran balik secara tunai, sebaliknya diberikan pilihan penebusan seperti tiket wayang TGV, kredit pembelian di kedai Nunha atau pertukaran kepada produk.Bagaimanapun, Neelofa tampil menjelaskan pihaknya tidak pernah memaksa peserta menerima pilihan berkenaan, selain memaklumkan proses bayaran balik penuh sedang dilaksanakan kepada mereka yang memilih kaedah tersebut.PU Riz turut menafikan dakwaan tiket wayang dijadikan pengganti bayaran balik, sebaliknya menegaskan sebarang pertukaran kepada kredit atau barangan dibuat berdasarkan persetujuan pembeli.Kontroversi berkenaan kemudian mengundang pelbagai reaksi di media sosial, termasuk hantaran yang didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap PU Riz sehingga mendorongnya mengambil tindakan undang-undang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved