Hanya 15 peratus terkesan harga diesel, 85 peratus masih nikmati subsidi

LocalPolitics
18 Apr 2026 • 11:54 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 18 APRIL: Hanya 15 peratus rakyat terkesan dengan harga diesel pasaran, manakala baki 85 peratus lagi masih menikmati harga subsidi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu kenaikan harga diesel sering dimainkan pihak tertentu tanpa menjelaskan majoriti rakyat masih menerima manfaat subsidi kerajaan, lapor Berita Harian.

"Orang bangkitkan harga minyak diesel yang tinggi, saya akui dan setuju ada yang terkesan dengan peningkatan harga diesel termasuk sektor pengangkutan.

"Namun, kajian menunjukkan hanya 15 peratus rakyat yang terkesan dengan membeli harga pasaran, manakala 85 peratus lagi adalah membeli dengan harga subsidi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, ada yang marah dengan mengatakan nelayan terkesan susulan kenaikan diesel, sedangkan golongan berkenaan membeli dengan harga subsidi.

"Jadi jangan beri contoh seperti itu. Apakah kita perlu langkah untuk meringankan beban rakyat? Ya, kita ada rundingan setiap hari untuk mencari jalan meredakan beban rakyat," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved