Hanya 34.1 peratus kes kritikal capai KPI respons ambulans - Dr Dzulkefly

LocalHealth & Fitness
12 Oct 2026 • 11:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hanya 34.1 peratus kes kritikal capai KPI respons ambulans - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Hanya 34.1 peratus kes kecemasan kritikal atau Priority 1 di seluruh negara menerima respons ambulans dalam tempoh kurang 15 minit pada 2025.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia berada di bawah sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu 50 peratus bagi panggilan kecemasan kategori berkenaan.

"Kategori Priority 1 merangkumi kes merah yang mengancam nyawa, termasuk trauma kritikal dan kecemasan lain yang memerlukan tindakan segera.

"Analisis pencapaian itu dilaksanakan secara sistematik oleh perkhidmatan penjagaan prahospital dan ambulans bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan serta meningkatkan kecekapan respons kecemasan," katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN - Jelebu) mengenai prosedur operasi standard (SOP) respon ambulans ketika menerima panggilan kecemasan.

Dalam pada itu Dr Dzulkefly menjelaskan, KKM turut meningkatkan penyelarasan sistem MERS 999 dalam usaha memperkukuh perkhidmatan berkenaan, selain menambah kapasiti ambulans khususnya di Jelebu, Negeri Sembilan.

Menurutnya, sebanyak lima ambulans kini beroperasi di kawasan tersebut, manakala dua ambulans tambahan dijadualkan diperoleh pada 2027.

Sementara itu, menjawab soalan asal mengenai langkah mengatasi ketidakseimbangan akses kepada doktor, pakar dan kemudahan diagnostik antara hospital di bandar dengan luar bandar, Dr Dzulkefly memaklumkan, KKM telah melaksanakan hospital kluster dan jaringan kesihatan prima.

"Perkongsian sumber termasuk peralatan, perubatan dan kemudahan diagnostik merentas hospital yang diketuai hospital peneraju.

"Peluasan kepakaran ke klinik kesihatan serta hospital tanpa pakar di luar bandar menerusi integrasi hospital kluster dan bukan.

"Model ini membolehkan pengurusan kes penyakit kronik melibatkan saringan awal hingga perkhidmatan penjagaan primer," jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved