Hanya 34.1 peratus kes kritikal direspons pantas

LocalHealth & Fitness
12 Oct 2026 • 11:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hanya 34.1 peratus kes kritikal direspons pantas

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan hanya 34.1 peratus kes kecemasan yang mengancam nyawa menerima respons dalam tempoh kurang 15 minit, berbanding sasaran 50 peratus yang ditetapkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, beliau bersama Ketua Pengarah Kesihatan turut meneliti perkara itu kerana petunjuk prestasi utama (KPI) itu masih belum dapat dipenuhi.

Menurutnya, ia sememangnya menjadi satu cabaran besar apabila peratusan itu masih belum memenuhi sasaran ditetapkan.

“Bagi 2025, pencapaian keseluruhan di peringkat nasional bagi kes keutamaan satu (Priority 1), hanya 34.1 peratus, iaitu masih di bawah sasaran 50 peratus yang kami tetapkan,” katanya ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Haji Alias (BN-Jelebu) yang meminta menyatakan prosedur operasi standard dan tempoh respon pegawai kesihatan untuk membantu mangsa kemalangan.

 

The post Hanya 34.1 peratus kes kritikal direspons pantas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved