Hanya Beri Roti Kepada Mangsa Banjir, Pempengaruh Tampil Perjelas - “Orang Bagi Apa Pun Bersyukur, Bukan Nak Suruh Sanjung…”

6 Dec 2024 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Enggan berdiam diri, usahawan dan personaliti media sosial, Nabilah Bahrin tampil menjelaskan tentang isu bantuan makanan yang diberikan kepada mangsa banjir baru-baru ini.

Sifat bersyukur

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nabilah atau mesra disapa Kak Nab berkata, terdapat komen yang mempersoalkan tindakannya berikutan hanya memberi roti kepada mangsa banjir.

 

“Kita kena ada sifat bersyukur. Apabila kita bersyukur, kita dapat apa pun kita akan rasa cukup. Kenderaan yang saya naik itu hanya ada roti sahaja dan di dalam lori pula ada bekalan makanan kering dan yang sudah dimasak.

 

“Kita tak letak semuanya sekali sebab bila hujan kotak-kotak akan habis basah dan akan terpercik terkena bakteria pada makanan. Kalau roti tak mengapa kerana berbungkus dengan plastik,” katanya.

Bekalan roti

Dalam masa yang sama, Kak Nab menegaskan dia menaiki kenderaan yang hanya mempunyai bekalan roti pada ketika itu.

 

“Ketika itu hanya ada roti pada saya, jadi saya beri apa yang ada pada saya sahaja. Tak mengungkit tapi, kita cuma nak membantu meringankan beban. Sikit cara sikit, banyak cara banyak,” ujarnya.

 

Sementara itu, Kak Nab yang berasal dari Kedah turut berharap agar orang ramai memupuk rasa syukur dalam diri dan menghargai mereka yang datang menghulurkan bantuan.

“Orang bagi apa pun bersyukur, bukan nak suruh sanjung cukuplah sekadar ucapan terima kasih. Hilang rasa penat kami. Kalau nak kata pun janganlah tinggalkan komen, cakap pada diri sendiri sudahlah,” katanya lagi.

@nabilahbahrin._

KAKNAB BAGI ROTI JA ???????

♬ original sound - KAKNAB