Hanya Caj RM307 Untuk Pasang ‘Braces’, Doktor Gigi Palsu Tawar Rawatan Dalam Kereta Dicekup

Entertainment
16 Oct 2022 • 1:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rasanya korang pernah dengar kot pasal pemakaian fake braces ni dan min pun rasa, korang sendiri tahu apa risikonya kalau pasang braces ni tapi bukan oleh mereka yang bertauliah.

Kali ini, min nak kongsikan aktiviti seorang wanita ini yang menawarkan rawatan memasang braces di dalam keretanya di parkir sebuah pusat beli belah di Thailand.

image is not available

Memetik sumber, suspek yang dikenali sebagai Pornteera, 29, difahamkan mempunyai sebuah kedai dimana dia menawarkan servis sama kepada pelanggannya.

Pun begitu, jika ada yang mahu lebih selesa, Pornteera juga menyediakan khidmat memasang braces dari dalam keretanya.

Difahamkan, servis pemasangan braces oleh Pornteera mengenakan bayaran RM307 kepada para pelanggan dan ia semangnya jauh lebih murah berbanding apa yang ditawarkan doktor gigi profesional negara itu yang berharga sekitar RM3,688.

image is not available

Jelas Pornteera, dalam masa sebulan, dia boleh mendapat pendapatan hingga lebih RM4,000.

Dia bagaimanapun, berdepan hukuman penjara tiga tahun dan denda sehingga RM73,779.

Sumber: Thaiger

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.